Berkecai.

https://www.facebook.com/100001022016761/posts/3852767688100594/
BERKECAI SUDAH SEMUA IMPIAN

Seorang mantan Timbalan Menteri PH sebelum ini pernah menyebut bahawa, setelah mendapat kuasa, beliau dapati “power is so delicious, and absolute power is absolutely delicious, sebab tu bila orang dah kehilangan power, ia ibarat orang yang kehilangan benda yang melazatkan.”

Ungkapan ini mungkin mahu ditujukan kepada pemimpin yang kehilangan kuasa setelah PH memerintah yang didakwa sanggup melakukan apa saja demi mendapatkan kembali kuasa tetapi setelah PH pula hilang kuasa nampaknya pemimpin-pemimpin PH lebih dahsyat dalam usaha untuk kembali berkuasa.

Sehubungan dengan isu di Perak, ada yang meratib betapa parti-parti mereka sanggup bekerjasama dengan UMNO bukan kerana kuasa yang akan mereka perolehi, malah sesetengahnya menyebut mereka tidak mahukan apa-apa jawatan, tetapi kononnya kerana kepentingan rakyat.

Ada pula yang sebelumnya cukup lantang bercakap mengenai kebobrokan UMNO tetapi sudah pandai bersuara mengenai keperluan untuk berfikir dalam kerangka lebih besar dan politik berjiwa besar untuk membentuk sebuah kerajaan yang dari sudut bilangannya adalah kukuh dan stabil.

Malah ada yang sampai sanggup memuja-muji UMNO kerana dikatakan mengambil pendirian yang berani dengan sanggup menghulurkan kerjasama dengan PH sekali gus menyesuaikan diri dengan arus politik semasa di Malaysia yang menolak politik perkauman dan ekstremis agama.

Begitu juga ada yang mula mengimpikan betapa kerjasama antara partinya dengan UMNO akan mematikan persepsi negatif rakyat terhadap partinya bahawa partinya anti-Melayu dan anti-Islam dengan pengikutnya pula sampai mahu pemimpin ini memastikan “UMNO berada di bawah tapak kaki kita”.

Malangnya, segala cakap-cakap mengenai penjajaran politik baharu di Perak ini sudah berakhir malam tadi setelah Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO memutuskan bahawa “Kerajaan PN Perak yang melibatkan ADUN-ADUN UMNO, PAS dan BERSATU perlu terus dipertahankan”.

Kesiannya mereka yang berharap, menawar dan memuji ini: Mana mahu letak muka sekarang?

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s